Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan memaklumkan, sehingga 5 Jun, seramai 1,364 pesakit COVID-19 telah diberikan rawatan menggunakan ubat antiviral Paxlovid dan telah sembuh sepenuhnya serta tiada sebarang kesan sampingan teruk dilaporkan.